Berbalik kepada tajuk entri kali ini : Harapan.
Kita perlu berharap, perlu ada harapan. Jika tiada harapan, apa yang kita ingin lagi dari kehidupan ini? Saya ingin ambil quote dari Dr Maza :
Entri mengenai harapan ini bukanlah kerana menjelangnya tahun baru tetapi harapan yang telah lama dipendam & juga harapan yang baru terungkap dalam hati. Bukan saja harapan untuk tahun ini, namun untuk esok hari, untuk sem hadapan, untuk 1, 3, 5 tahun akan datang. Jadi, apakah harapan itu? Saya rasa lebih baik tak berkongsi disini?
Buat masa sekarang biar saja tersimpan dalam hati untuk diluahkan kepada Allah. kepada manusia bila sampai waktu. Saya cuba untuk tidak jadi insan yang terburu-buru. Cerna, fikir masak masak dahulu, mohon petunjuk baru lakukan sesuatu perkara. ok, secara tak langsung sudah 'ter'-bagitahu salah satu harapan saya kan? aha. Tak nak jadi insan terburu-buru.
Sekurang-kurangnya bila tak terburu-buru, kuranglah kemungkinan saya menulis entri yang 'tak matang' kan? :p
Satu harapan kecil yang boleh dikongsikan disini, ingin selalu senyum kepada orang(kepada lelaki terutamanya, kepada perempuan tak perlu sangat kot? *tunduk pandangan, surah an Nur, ayat30* ok satu lagi harapan tu). ha ini harapan yang baru terfikir tadi. Sebab jadi stress bila pergi solat & lihat muka jemaah yang masam masam. Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah saw. bersabda (yang bermaksud):
“Janganlah engkau sekali-kali meremehkan suatu kebaikan, walaupun itu hanya sekadar untuk menemui saudaramu dengan wajah ceria” :)Akhir sekali, saya ingin ambil pula quote dari Ustaz Hasrizal :
"Bersederhanalah dalam membina harapan.
Agar kecewa dan keluh kesah tidak menjadi bahasa harian.
Banyakkan berdoa, banyakkan berbicara yang positif, banyakkan memberi motivasi.
Bukan untuk sesiapa, lebih kepada diri sendiri."
Orait entri tamat disitu.
| Bukan di PICC tapi somewhere in Putrajaya. |
| Pemandangan dari PICC. |
| RM5. di cafe PICC. |

adakah anda mendelete semua entry lama lama anda?
ReplyDeleteOh tidak. Ada disimpan sebagai draft. Post sejak dari tingkatan 4 pun ada.
ReplyDelete