Muhammad Syafiq

My Photo
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Tahun 1, Sains Nuklear, UKM. Semoga mendapat kebaikan dari blog ini walaupun sedikit.
reader(s)

Monday, January 02, 2012

2. Bila usia menghampiri 20 tahun.

Begitu cepat masa berlalu. Masih ingat dulu ketika zaman sekolah rendah, bila lihat kepada akak yang sulung yang pada waktu itu berada di sekolah menengah, timbul perasaan "kan best kalau dah sekolah menengah". Apabila berada di sekolah menengah, akak pula sedang menuntut di matrikulasi & kemudian di universiti, perasaan yang sama timbul. Masa sudah berlalu dan kini saya sudah/sedang melalui sendiri pengalaman-pengalaman tersebut. Jadi, apa yang saya rasa?

Ketika timbul perasaan seperti itu, mungkin pada waktu itu ada sifat tidak sabar. Namun, ada satu ungkapan dari seorang senior yang dekat dengan saya yang mungkin menimbulkan. Beliau kata :
"life is a process"
Ya. Setiap perkara dalam hidup ini melalui satu proses. Contoh yang mudah, sebelum masuk universiti perlu melalui proses pembelajaran bermula dengan tadika. Sebelum pandai membaca Al-Quran perlu bermula dengan Iqra'. Sebelum pandai menulis perlu kenal ABC. Begitulah seterusnya.

Bila usia menghampiri 20 tahun. Usia yang boleh dikatakan sebagai masih kurang matang. Ataupun, boleh dikatakan sebagai matang yang belum sempurna. Di dalam Al-Quran ada disebut peringkat usia yang matang pada umur 40 tahun, seperti dalam firman Allah(yang bermaksud) :
“dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)” (Surah al-Ahqaf: 15)
Masih ada 20 tahun lagi sebelum berumur 40(jika diizin Allah sampai kepada umur ini). Sudah separuh perjalanan. Timbul persoalan, bagaimana nanti keadaan apabila berumur 40 ya? Adakah akan bersyukur? dan adakah  akan lahir ilham untuk berdoa seperti doa yang terkandung dalam ayat diatas?


Bila usia menghampiri 20 tahun. Pelbagai telah dilalui. Pengalaman manis, pahit, buruk & baik. Mungkin ada sesetengah perkara yang kita lakukan dulu membuatkan kita rasa menyesal, malu & sedih. Namun, kita perlu yakin itu hanyalah proses. Apa yang kita lakukan sekarang dan dimasa hadapan itulah yang lebih penting. Jangan sia-sia kan.

0 comments:

Post a Comment

:)