Ada sesuatu yang merunsingkan minda & membuatkan hati gundah gulana.
Persoalan : Ya Allah, adakah hati aku ikhlas? :(
Segala kebaikan, segala ibadat, segala perwatakan & segala 'dakwah' yang dilakukan tiada ertinya jika Allah menilai semua perbuatan itu tiada keikhlasan. Mudah saja hati berbolak dari ikhlas kepada riyak & takabur. Akhirnya gugurlah segala pahala seperti gugurnya daun pada musim luruh. Ampunilah kami & kurniakanlah keikhlasan dalam jiwa kami.
Saya akhirkan dengan sebuah hadis sebagai pengajaran, sabda Nabi s.a.w :
“Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang
yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya:
“Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah
berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong,
sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu
telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum,
diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan
membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya:
“Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah
mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah
berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau
dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari.
Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum,
diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan
pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya:
“Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak
tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku
telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong,
sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah
pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret
wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
(hadis riwayat Muslim).

(Y)
ReplyDelete